Harap semua baik2 sahaja, sehat2 belaka.
Semua yang baca ni mesti dalam proses permohonan kerja ataupun, UPU kan. Kalau UPU, kita guna transkrip sementara sahaja pun takpe. Sebab contoh kita habis bulan 4, then nak sambung blajar degree bulan 9, memang tak sempat citer dia. So, hantar je keputusan sem 1 sampai yg terkini ke UPU. Transkrip penuh boleh dimohon 3 atau 4 bulan selepas tamat belajar. Aisyah dari Politeknik Ibrahim Sultan. Mungkin cara setiap Politeknik untuk memohon transkrip adalah berbeza- beza, yang tu Aisyah tak pasti. So, here is it:-
Langkah memohon Transkrip Penuh Akademik :-
1. Isi butiran maklumat yang diperlukan dalam Surat Permohonan Transkrip Penuh kemudian print.
** No. 1 dengan 2 tu sama je, cuma nak tunjuk bahagian t.tangan tu, boleh by hand, kalau by computer, guna jenis tulisan Edwardian Script ITC .
2. Beli Sampul pos ekspress B4
3. Beli Sampul prabayar poslaju saiz L
4. Masukkan surat ke dalam Sampul pos ekspress B4. Jangan isi butiran alamat pada sampul tersebut.
5. Masukkan sampul yang berisi surat tu ke dalam sampul prabayar poslaju saiz L (plastik)Then, isi
Ruangan Alamat penerima. Iaitu Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan,KM 10, Jalan Kong
Kong,81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
7. Dan dalam masa 14 hari bekerja pihak Politeknik akan pos Transkrip penuh tu kepada anda.
Selain pos, ade juga cara untuk fax dan ambil transkrip di Politeknik. Tetapi, saya kurang pasti tentang procedure nya. Ni untuk mereka yang belajar di perantauan, rumah jauh dari Politeknik. So, inilah cara dia dengan pos surat Permohonan tersebut.
Transkrip sementara dan Transkrip Penuh tak sama ke?
Jawapannya tak, transkrip sementara tu guna kertas biasa je. Kalau transkrip penuh tu dia guna kertas keras yang ade lambang belakang dia kira official lah.
Harga bagi kedua dua sampul tu, dalam Rm 15 - Rm 20. Saya sarankan seorang untuk tolong isikan butiran maklumat tu untuk kawan2 dan hantar sekali. Maksudnya, kalau ade 5 kawan, mesti kena ade 5 sampul B4, tapi 1 je sampul poslaju L. Fungsi sampul B4 tu adalah memudahkan Politeknik untuk menghantar Transkrip Penuh tu kepada kita. Kalau macam saya haritu, saya buat untuk 9 orang, jadi dah jimat sikitlah kat situ.
Pos Ekspress B4
Poslaju Prabayar Size L
Surat maklumat Pengirim dan Penerima.
Isi maklumat ni iaitu alamat Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan,KM 10, Jalan Kong Kong,81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Sesiapa yang nak softcopy boleh request kat email twinsecahh96@gmail.com
Okey, itu sahaja. Sekian.





No comments:
Post a Comment